"Mencetuskan arus revolusi dalam masyarakat melalui pendekatan mahasiswa turun ke lapangan"
Sunday, December 12, 2010
Beberapa Persoalan Asas Berkenaan GMM
Apakah itu GMM?
GMM merupakan satu gabungan antara mahasiswa-mahasiswa Islam yang bermastautin atau yang belajar di Mukim Mulong (termasuk Nilam Puri , Lubok Jambu, Nilam Baru, Kubang Itik, Lating dan kawasan-kawasan yang berada dalam Mukim Mulong). Ia ditubuhkan oleh beberapa anak muda yang bersemangat 10 tahun lalu sebelum dibangkitkan kembali setahun yang lepas di bawah kepimpinan Saudara Ahmad Zhafran selaku pengerusi GMM bagi sesi 2010/2011. Ia ditubuhkan di atas kesedaran mereka yang melihat peri pentingnya peranan mahasiswa digembleng di lokaliti atau di kawasan mastautin mereka selain penglibatan aktif mereka di kampus pengajian masing-masing.
Objektif GMM
Untuk menggerakkan masyarakat terutama belia-belia dan anak muda Islam dalam memahami Islam secara kaafah dan syumul sebagaimana termaktub dalam Al-Quran dan sunnah . Ia digerakkan sendiri oleh anak-anak muda yang berfikrah Islam yang jelas.
Kenapa perlunya GMM?
Kekuatan umat Islam bermula dengan adanya jemaah yang memperjuangkan Islam berlandaskan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan sunnah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun kukuh (as-Soff:4).
Ingin dtegaskan di sini GMM bukanlah satu jemaah baru , namun ia menjadi satu wasilah atau platform mahasiswa berfikrah Islam untuk menggerakkan program Islam di Mukim Mulong khasnya, di Negeri Kelantan amnya.
Apakah aktiviti GMM yang telah dianjurkan setakat ini?
GMM telah menganjurkan program-program bersifat kemasyarakatan seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Isu-isu Semasa, Kelas Tuisyen Amal, Kelas Tajwid Amal, Program Dakwah Turun ke Lapangan, dan Program Khidmat Masyarakat (Contoh: Gotong-royong masjid). Selain itu,
Terdapat juga beberapa program yang dianjurkan khusus untuk ahli GMM iaitu Liqa' Tarbiyah, Qiamullail, Kursus Kemahiran, Riadah, dan bacaan al-Ma'thurat serta tazkirah Subuh.
Siapakah yang menggerakkan GMM?
Mahasiswa-mahasiswi yang tinggal (berasal, menetap atau belajar) di Mukim Mulong, Kota Bharu, Kelantan.
Apakah Fikrah (Hala Tuju Pemikiran) GMM
Pemikiran Islam yang syumul berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah
Motto GMM?
Kebangkitan Mahasiswa Islam Menerajui Ummah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment