Wednesday, December 15, 2010

PROMOSI PROGRAM TERBARU - FORUM HIJRATUR RASUL 1432 H

Jemputan ke FORUM HIJRATUR RASUL -"Hijratur rasul Pemangkin Pembangunan Ummah". pada 17 Disember 2010 (JUMAAT) masa :LEPAS MAGHRIB , bertempat di MADRASAH PAK NUH (depan Kedai Runcit D'Orange ) Jalan Lating , Kg. Kedai Mulong , Kota Bharu .

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) dengan kerjasama AJK Madrasah Pak Nuh. Panelis : Ustaz Mohd Bukhari bin Mohd Saman, Guru SMK(A) Nibong terbal , Pulau Pinang. ,Ustaz Noriman bin Fauzi (Guru SMK Batu Putih , Sabah) Moderator : Ustaz Mohammad Kamil Jaafar.

Dijemput datang beramai -ramai memeriahkan majlis.

Sunday, December 12, 2010

Beberapa Persoalan Asas Berkenaan GMM


Apakah itu GMM?

GMM merupakan satu gabungan antara mahasiswa-mahasiswa Islam yang bermastautin atau yang belajar di Mukim Mulong (termasuk Nilam Puri , Lubok Jambu, Nilam Baru, Kubang Itik, Lating dan kawasan-kawasan yang berada dalam Mukim Mulong). Ia ditubuhkan oleh beberapa anak muda yang bersemangat 10 tahun lalu sebelum dibangkitkan kembali setahun yang lepas di bawah kepimpinan Saudara Ahmad Zhafran selaku pengerusi GMM bagi sesi 2010/2011. Ia ditubuhkan di atas kesedaran mereka yang melihat peri pentingnya peranan mahasiswa digembleng di lokaliti atau di kawasan mastautin mereka selain penglibatan aktif mereka di kampus pengajian masing-masing.



Objektif GMM

Untuk menggerakkan masyarakat terutama belia-belia dan anak muda Islam dalam memahami Islam secara kaafah dan syumul sebagaimana termaktub dalam Al-Quran dan sunnah . Ia digerakkan sendiri oleh anak-anak muda yang berfikrah Islam yang jelas.


Kenapa perlunya GMM?

Kekuatan umat Islam bermula dengan adanya jemaah yang memperjuangkan Islam berlandaskan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan sunnah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun kukuh (as-Soff:4).

Ingin dtegaskan di sini GMM bukanlah satu jemaah baru , namun ia menjadi satu wasilah atau platform mahasiswa berfikrah Islam untuk menggerakkan program Islam di Mukim Mulong khasnya, di Negeri Kelantan amnya.


Apakah aktiviti GMM yang telah dianjurkan setakat ini?

GMM telah menganjurkan program-program bersifat kemasyarakatan seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Isu-isu Semasa, Kelas Tuisyen Amal, Kelas Tajwid Amal, Program Dakwah Turun ke Lapangan, dan Program Khidmat Masyarakat (Contoh: Gotong-royong masjid). Selain itu, 

Terdapat juga beberapa program yang dianjurkan khusus untuk ahli GMM iaitu Liqa' Tarbiyah, Qiamullail, Kursus Kemahiran, Riadah, dan bacaan al-Ma'thurat serta tazkirah Subuh.


Siapakah yang menggerakkan GMM?

Mahasiswa-mahasiswi yang tinggal (berasal, menetap atau belajar) di Mukim Mulong, Kota Bharu, Kelantan.


Apakah Fikrah (Hala Tuju Pemikiran) GMM

Pemikiran Islam yang syumul berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah



Motto GMM?

Kebangkitan Mahasiswa Islam Menerajui Ummah

Monday, November 29, 2010

Lensa GMM..Inilah kami....

Ustaz Ramly bin Mahmood
Imam Masjid Ibadussolihin @ Penasihat GMM

 Pengerusi GMM Sesi 2010/2011
Ahmad Zhafran bin Md Noor @ abe nik


 Setiausaha GMM 
Ahmad Zhafri bin Md Noor @ Abu Mukhtar

 Bendahari Agong
 Muhammad Zaki bin Muhammad @ Jaki

 Ketua Biro Penerbitan, Penerangan dan Publisiti (3P)
Muhammad Syahmi bin Abdul Rahman @ Abe Yo

 Ahli Biro 3P
Muhammad Zulkifli bin Konok @ Zuki


 Ketua Biro Pengurusan Program (2P)
 Muhammad Hafizuddin bin Ramlee(tengah) @Hapih@Din@ Ustaz Din


 Ahli Biro 2P
 Muhammad Alif @ Alif

 Ketua Biro Pentarbiyahan Ahli (1P)
Saiful Islam bin Mamat @ Sepu

Ahli Biro 1P
Ahmad Zakir bin Mohd Amin @ Ustaz Zakir @ Abe K

Jawatankuasa Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) sesi 2010/2011

Penasihat
Ustaz Ramly bin Mahmood

 Pengerusi 
Ahmad Zhafran bin Md Noor

Setiausaha
Ahmad Zhafri bin Md Noor
Bendahari 
Muhammad Zaki bin Muhammad

Penerbitan, Penerangan dan Publisiti (3P)
                                              Muhammad Syahmi                                            
Muhammad Zulkifli bin Konok
Muhammad Zulhilmi bin Abdullah

Pengurusan Program (2P)
Muhammad Hafizuddin Ramlee
Muhammad Alif

Pentarbiyahan Ahli
Saiful Islam b Mamat
  Ahmad Zakir Amin

Sunday, November 28, 2010

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan
} Diasaskan dan digerakkan pada tahun 2000 oleh Ustaz Fattah bin Jaafar dan sahabat-sahabatnya daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) .
} G                        GMM aktif dalam mengendalikan program-program motivasi di sekolah-sekolah sekitar Mulong.
GMM merupakan gerakan mahasiswa yang bersifat lokal untuk membawa mahasiswa (terutamanya Mahasiswa KIAS) ke dalam masyarakat Mulong.
}       Akhirnya, GMM “berehat” setelah legasi di bawah pimpinan Ustaz Fattah ini membawa haluan masing masing meninggalkan nama yang harum kepada masyarakat Mulong khususnya, masyarakat Kelantan amnya.
}        GMM ini dibangkitkan semula pada tahun 2009 oleh beberapa orang anak muda yang belajar di kampus luar negeri Kelantan di Kg. Nilam Puri, Mulong melihatkan keperluan mahasiswa perlu digembeleng jiwa dan raganya dalam menggerakkan masyarakat Islam.
}       Sekarang legasi GMM ini dipimpin oleh Saudara Ahmad Zhafran bin Md Noor, seorang mahasiswa tahun akhir dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, anak jati Kampung Charok Belikok, Nilam Puri.
Keahlian GMM sekarang seramai 18 orang yang terdiri daripada anak tempatan yang kebanyakannya masih belajar di kampus luar negeri Kelantan.
Misi
}        Merapatkan jurang persaudaraan antara mahasiswa-mahasiswa IPT berdekatan dengan penduduk lokaliti.
} M   Menanam kesedaran kepada mahasiswa untuk turun ke tengah-tengah masyarakat bagi mengislahkan masyarakat .
}       Menjadi platfom bagi gerak kerja Islam bagi mahasiswa yang tinggal di Mukim Mulong dan belajar di Mukim Mulong- Dari Dewan Kuliah turun ke masyarakat.

Visi
}       Kami melihat bahawa pengembelengan mahasiswa Islam terhadap masyarakat merupakan satu kepentingan .
}       mahasiswa turun kepada masyarakat menjadi keutamaan dalam proses untuk mengislahkan masyarakat dan merapatkan jurang antara mahasiswa dan masyarakat.