Forum Perdana Maal Hijrah 1432 H

Forum Perdana Maal Hijrah - Moderator : Al -Akh Ahmad Zakir bin Mohd Amin Panelis: Al-Fadhil Ustaz Hamidi , Pensyarah KIAS Nilam Puri dan Al-Fadhil Ustaz Kamil bin Jaafar, pensyarah di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan , Besut , Terengganu.

Sebahagian daripada muslimin dan muslimat yang menyertai Forum Perdana kali ini. Dianggarkan seramai 100 orang mengikuti forum ini dari permulaan hingga akhir.

Cuba teka siapa ini? Pernah menyertai Akademi Quran .

Dari kiri: Ahmad Zhafran selaku Pengerusi GMM sesi 2010/2011, Ahmad Zakir selaku moderator Forum perdana, Cikgu Zaidi , AJK Masjid Ibadussolihin, Ustaz Ramly bin Mahmood, merangkap penasihat kehormat GMM dan Imam Masjid Ibadussolihin, Ustaz Hamidi dan Ustaz Kamil selaku panelis, Al- Akh Hafizuddin selaku pengarah Forum Maal Hijrah dan Al- Akh Khairul Anam selaku pengerusi majlis merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS

Pelajar-pelajar KIAS kelihatan sibuk melayan pengunjung gerai buku mereka.

Antara ahli GMM yang menjayakan program Forum Perdana Maal Hijrah di Masjid Ibadussolihin.

Nama program : Forum Perdana Maal Hijrah (Hijratur Rasul)
Tarikh : 11/12/2010 (Sabtu)
Tempat : Masjid Ibadussolihin, Kg. Charok Belikok, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Anjuran : Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) dengan kerjasama AJK Masjid Ibadussolihin
Kehadiran : Kira-kira 100 orang terdiri daripada penduduk Mukim Mulong, pelajar Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) dan lain-lain
Tema : "Maal Hijrah Pemangkin Pembangunan Ummah"
Ahli Panel : 1) Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani (Pensyarah Jabatan as-Syariah KIAS)
                    2) Ustaz Mohammad Kamil bin Jaafar (Pensyarah JAPIM IPG Kampus Sultan Mizan)
Moderator : Saudara Ahmad Zakir bin Mohd Amin (Mahasiswa IPG Kampus Sultan Abdul Halim)

Isi :

Panel 1 : Ustaz Hamidi
  • Perubahan terhadap masyarakat hendaklah dilaksanakan secara praktikal, bukan sekadar teori. Ibu bapa dan pemimpin masyarakat perlulah 'turun padang' untuk mengubah masyarakat kita dan bukan sekadar mengkritik kerosakan masyarakat tanpa memikirkan kaedah untuk menangani kebejatan sosial ini.
  • Hijrah seperti Rasulullah tidak akan berlaku lagi selepas peristiwa hijrah tersebut, tetapi akan berlaku dari bentuk penghijrahan terhadap perkara positif.
  • Perubahan dalam masyarakat ini perlu didasari dengan syariat Islam, berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah. Baharulah perubahan yang berkesan akan berlaku dalam masyarakat.
Panel 2 : Ustaz Kamil
  • Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah memberi perubahan yang tidak kurang hebatnya terhadap masayarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada zaman kini. Ibrah (pengajaran) dapat diambil oleh seluruh muslim dalam peristiwa tersebut.
  • Penghantaran anak ke sekolah agama bukanlah jaminan mereka akan menjadi orang yang bertaqwa. Peranan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing mereka dalam melayari kehidupan ini amatlah penting dalam pembentukan seorang muslim di tengah-tengah kepesatan teknologi yang serba bebas ini (contoh : layari internet, gambar lucah, berzina).
  • Perubahan dalam diri ke arah agama amat penting dan satu-satunya penyelesaian dalam melayari kehidupan seseorang Muslim dan menjadikannya seorang yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.