Gotong royong 2010


 Gotong Royong oleh Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM)

Pada 27 November yang lepas, Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) telah berjaya mengadakan satu gotong royong perdana bagi membersihkan kawasan dan dalaman Masjid Ibadussolihin, Kampung charuk Belikok , Nilam Puri Kota Bharu Kelantan.  

 Untuk pengetahuan semua,  Masjid Ibadussolohin merupakan markaz utama bagi sebarang aktiviti dan mesyuarat Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM).  Gotong royong kali ini disertai oleh  23 orang pemuda-pemuda dari mukim Mulong yang begitu komited dalam melaksanakan misi kali ini.

Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) telahpun beberapa kali menggerakkan program gotong royong ini iaitu sehari atau beberapa hari sebelum hari kebesaran Islam ataupun pada masa cuti kuliah kami. Program yang bermula pada tepat pukul 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 1.00 tengah hari . 

Setiap dari peserta kemudiannya dijamu dengan sedikit makanan ringan yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Makanan Program , Saudara Zulkifli.  Setiap daripada peserta menunjukkan kepuasan di wajah mereka. 

Hujan yang sederhana lebat seolah-olah tidak menghalang anak-anak muda yang bersemangat ini untuk melaksanakan tugasan mereka ini. Tahniah diucapkan kepada GMM. Mahasiswa Turun Ke Masyarakat.