Berminat menyumbang?

Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) merupakan satu platform bagi anak-anak mulong dan para mahasiswa yang menuntut di Kawasan Mulong (seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra -KIAS dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya- APIUM) untuk bergerak kerja dalam berbakti kepada masyarakat melalui program gotong royong , dakwah turun ke lapangan , penganjuran ceramah dan mengadakan kelas tambahan semasa cuti persekolahan. 



Sebagai wadah gerak kerja mahasiswa , kami menghadapi beberapa kesulitan dalam melaksanakan program kami terutama yang bberkaitan dengan kewangan  dan tenaga kerja. 


Kami memohon sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan wang atau menginfakkan sedikit rezeki demi perjuangan anak muda Islam ini  dan menyumbang tenaga kerja bolehlah menghubungi bendahari kami , Saudara Zaki di talian 014-5205593 (untuk sumbangan wang) dan Pengerusi GMM Sesi 2010/ 2011, Saudara Zhafran di talian 019-4173958 (untuk menyumbangkan tenaga kerja.)

Bersama membantu anak-anak muda ini menggerakkan masyarakat dan mengislahkan masyarakat dari dalam . Sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w :


 Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. 

(riwayat Muslim)

Moga Allah s.w.t memberkati kita atas usaha kita yang walaupun kecil namun memberi sesuatu kepada agamaNya ini, Insyaallah.