Kelas Tuisyen Amal (2010)

Ustaz hafiz tekun melakukan persiapan terakhir slide show untuk ditunjukkan kepada murid-murid beliau. Segalanya disediakan sendiri. Gambar diambil pada 27 November 2010 semasa mengendalikan kelas tajwid.
Dr. Zuki mengendalikan kelas Bahasa Inggerisnya pada 2 Disember yang lalu.Walaupun hujan sederhana lebat di luar namun sambutan yang diterima masih hangat daripada adik-adik yang berada di kawasan kedai mulong, kor, kampung nilam baru , kampung lembu dan kampung nilam puri itu sendiri.
Dr. Zuki mengedarkan kertas lirik lagu kepada adik-adik . Hari ni program lebih kepada menyanyi lagu Yusof Islam , cari perkataan tersembunyi dan membuat latihan. Walaupun beliau ambil kursus kedoktoran , tapi bakat sebagai pendidik tu ada. Mantop.-Gambar diambil pada 2 Disember 2010.
Kredit untuk ustaz Zakir IPSAH atas LCD projektornya yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran . Banyak manfaatnya kepada kami. Boleh pasang lagu, tengok video dan sebagainya. Gambar diambil pada 28 November 2010 pada sesi pembelajaran Matematik sekolah rendah.
Dr. Zuki bijak berinteraksi bersama adik-adik. Sesi berkenalan bermula . semuanya dalam bahasa inggeris . My Name is...... i am ......years old. I live in......... Gambar diambil pada 2 Disember 2010.
Kelihatan Abu Mukhtar sibuk mengendalikan kelas darjah 5 beliau Pada kelas Sains kali ini seramai 76 orang peserta rerlibat . Abu Mukhtar menjadi person in charge untuk kelas sains. Gambar diambil ada 30 November 2010 yang lepas.
Adik-adik kelihatan khusyuk melakukan aktiviti di dalam kumpulan mereka. Gambar diambil pada 28 November 2010 semasa kelas Matematik berlangsung.
Abu Muktar dan Cikgu Zhafran sedang mendemonstrasi gunung berapi buatan . Adik-adik kelihatan begitu teruja dan gembira. . Gambvar diambil pada 30 November lepas semasa mengendalikan kelas Sains. Science is Fun .
Abu Mukhtar dan Cikgu Zhafran mendemonstrasi cara-cara untuk membuat "hingus" buatan-oobleck. Adik-adik akhirnya tahu resepi di sebalik hingus hijau yang pekat itu..hehe. Gambar diambil pada 30 November 2010 semasa kelas Sains berlnagsung.
Ustaz hafiz sedang mengendalikan kelas tajwid pertama beliau. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada adik-adik sekolah rendah menyertai progam ini. Program yang bersifat interaktif dan mesra. Gambar di ambil pada kelas pertama pada 27 November 2010 (Sabtu) lepas.
Ustaz Hafiz bertanyakan sesuatu kepada peserta. Anak-anak murid kelihatan khusyuk mengikuti kelas ini walaupun umurnya bercampur-campur -semuda 4 tahun ke 13 tahun Gambar pada 27 November semasa Kelas Tajwid berlangsung setiap sabtu .


.
Cikgu Zhafran sedang mengendalikan sesi taaruf kepada murid-muridnya yang terdiri daripada 60 orang pelajar. Gambarf diambil pada 28 November 2010 semasa beliau mengendalikan kelas matematik secara berkumpulan.